Tuesday, July 19, 2011

Tiket Cheksea yang Fail

serius game sarkas Malaysia lawan 2 kelab EPL hari tu dah menimbulkan banyak isu antaranya dimanakah semngat patriotik peminat bola sepak dan player negara kene boo dengan fan. aku malas nak jawab sangat isu2 ni sebab takde sape2 nak dengar pon. pegi tengok bola pakai jersi kelab epl, tapi dalam hati tetap sokong Malaysia. enough said. walaupon aku minat arsenal tapi aku tak kisah pon sape2 nak pegi stadium pakai jersi kelab. sebab mereka bayar duit tiket. bab boo player ade aku cerita pada post yang dolu.

btw aku bukan nak cerita pasal kejadian lepas tapi nak cerita kebebalan yang berlaku. tak tau la ori ke tak gamba ni tapi ianya memang super Failllll. memang lol betol aku tengok tiket ni. nampak sangat pembuat tiket ni main google je lepas tu sebat je gamba.



kepada anti2 FAM marilah kita menggelakkan mereka sekuat2nya. jarang2 sekali perkara bebal ini terjadi kepada FAM sebab mereka ni pandai nak cari duit, taknak jatuh market. sampai mistake macam ni pon tak perasan. ROFLMAO

ps: kepada fan2 chelsea yang sudah beli tiket, sile berikan pengesahan kepada aku supaya FAM tak saman blog pengutip aku ini.

Sunday, July 17, 2011

Malaysia XI Vs Liverpool

selepas arsenal membelasah Malaysia, kini giliran liverpool pula yang menang besar dengan Malaysia. pada pandangan aku game2 epl ni tak perlu dan tak sepatunya ada pun. tambah2 lagi semasa bola sepak Malaysia baru nak revive kembali. bile tengok result ni, player2 kite boleh down. dah la fan datang tak support malaysia, lepas tu dengan result yang memang tak memberansangkan, seriusly moral player boleh down.

dengan kes aidil di boo oleh fan arsenal 'luar negara' lagi menjadikan semangat player semakin merudum. dengan paper dan media tempatan hanya memuji skuad EPL dengan kemenangan besar mereka ke atas skuad negara. lantaklah, bukan aku tak tau sape kepala paling bangsat dalam kes ni. sudah tentu la FAM ketua penyangak tersebut.

berbalik pada review game malaysia vs liverpool. seperti yang di jangkakan SNBJ bertukar menjadi Anfield. cuma ape yang berbezanya ialah kapasiti stadium anfield hanya 40 000 manakala SNBJ adalah 100 000. tapi pada malam tersebut jumlah penonton yang hadir adalah 80 000. memang kaye la orang2 proevent dan FAM. aku rasa liverpool yang bising2 nak stadium baru membatalkan sahaja niat mereka. jadikan saja SNBJ sebagai home game mereka. bayangkan fan liverpool malaysia sahaja da 80 000 ditambah pula scouser yang datang dari engerland. mau expand lagi stadium ni aku rasa. lol.

pasal game aku memang malas nak komplain sebab aku pon tak terer sangat. main liga cap ayam pon jadi pemain simpanan je. ape yang penting defend kena improve dan striker jangan ada yang injurd time training. doakan jugak yang aidil sempat sembuh sebelum game malaysia menentang singapore nanti. tapi dengar khabar masa main dekat singapore aidil memang tak sempat recovery. dengar2 je la kan.

ape yang aku sedih sangat dah tentu la fan, aku tau mereka ni sama macam aku. aku dalam hati ada meriam dalam jiwa ada harimau. aku yakin dieorang ni ada burung dalam hati, yang dalam seluar pon dieorang ade jugak burung. kire dieorang ade 2 burung 1 harimau. cume nampak sangat dengan kelebihan burung tu dieorang tunjuk sangat. bawak banner besar2 tulis king (in your dream la king), dah la king tu dieorang yang gelarkan. cube letak gamba rajagopal. lepas tu cogan die DATUK RAJAGOPAL. dah sah2 gelaran datuk raja kita ni legal :). takpa la depa punya duit nak buat banner kan. aku dengar dieorang siap chant lagi lagu liverpool. ish tersangat la tak salah lansung. cume time malaysia lawan game yang lagi penting tak dengar pulak chant untuk malaysia dari geng2 liverpool ni. yang dengar dari ultras je. tolong la join dieorang untuk menambah suara bagi chant untuk negara lagi kuat bergema di negera kita berbanding chant liverpool. aigo.

lastly aku sedih giler dengar dato k rajagopal mengeluuh dengan sambutan penonton terhadap player negara. kalau die sedih sendiri2 mungkin kita tak tau, tapi die dah admit secara live lepas game liverpool. even mase pegi tengok game arsenal aku pakai baju malaysia, aku tetap rasa bersalah/berdosa sebab tengok jersi malaysia sikit sangat time game arsenal yang penonton hamya 40 000 sahaja. kalau da 80 000 merahmemang terguris la hati dato kan, player lagi la. main bersungguh2 sebab nak malukan liverpool sekaligus nak perli or show their emotion pada fan yang team epl dieorag puja2 ni tak hebat mana. tapi sayang malaysia hanya mampu sumbat 3 gol dan bolos 6. seriusly liverpool main sungguh2 gile time game compare arsenal lawan malaysia. nampak sangat arsenal tak main sepenuh hati. ok nanti korang cakap aku bias but that fact dude. joe cole bersungguh2 sepak bola padahal ref da tiup wisel suruh stop game. kalau ref champion league aku rase joe cole da kene buang padang sama macam v. persie kena.

shafiq rahim dan safee sali hanya calabrate gol bersama rakan2 sepasukan sahaja. takde nak lari pada fan sebab kebanyakan nya fan malaysia dah tenggelam dengan warna merah. sabar jelah geng. raikan la ape yang patut.

selain itu, semasa interview aku paling tak tahan bile pengacara tanya rajagopal lepas game ape yang die rasa sebab dato raja adalah fan Man U. wtf??? time game malaysia die boleh tanya pasal mu pulak. dato pon jawab macam ntah ape2 je sebab nak jaga hati si pengacara. bangang betol tanya soalan macam tu. lagi satu aku dengar safee sali bersungguh2 nak skor sebab die terinspirasi dari sejarah rival. safee juga Man U fan. die cakap teuja dapat skor lawan scouser. peh memang hancor aku rasa. ade ke semangat musuh macam tu di jadikan pembakar semangat. adoi pening2.

sudah la aku merepek2 pun bende da lepas. aku berharap giler next game iaitu chelsea, fan malaysia show their identity. tak payah nak blues sangat. pakai jersi kuning. bukan mahal pon nak beli. sehelai rm35 je yang siam. nak ori memang tak mampu la kan. U23 kita main masa lawan lubnan hari tu memang terbaik, aku rasa kalau skuad hari tu main tanpa ada gangguan dari penonton yang akan menyakitkan mata pemain, InsyaAllah negara kita boleh menang. show our love to our beloved country by wear our jersy.

Sharlom ni Alaichem.

Thursday, July 14, 2011

Malaysia XI Vs Arsenal

mula2 aku tau arsenal nak datang malaysia memang aku super teruja, maklum la dah berapa lama minat sekarang arsenal dah datang malaysia, main depan mata. tiket sebulan awal lagi aku dah beli hasil upah cat rumah sendiri. ingat kan nak amik tiket paling murah tapi dekat kedai tu da habis, terpaksa amik rm108. redo je la duit habis.

13/7 aku pergi nilai singgah amik jersi Malaysia kat abang aku lepas tu terus gerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. awal 45 minit aku sampai. niat hati nak usha2 sekeliling stadium. sampai2 je belambak giler fan yang pakai baju arsenal. sampai aku rasa macam dekat emirates pulak. tapi aku tak kisah la sebab kebanyakan nya orang chinese dan indian. maybe muke ni ada masa game2 kelab luar negara sahaja, bila game Malaysia lawan negara tak nampak muke mereka ni.

masuk je stadium memang sah aku ada dekat emirates, penuh merah dekat seat 108, yang malaysia tersepit dekat celah penyokong arsenal. ramai yang sokong malaysia tapi datang pakai baju arsenal. tak kisah la yang penting game hari tu.

baru je game start tak sampai 10 minit jack kene tackle dengan aidil dalam box, terus ref bagi penalti. kamon la ref tutup mata sudah. lagi pon bola 50-50. jack pon pandai jugak ambil advantage. fan arsenal bersorak bile ramsey sepak masuk gol. shit!! aku da rasa game ni tak best, tak sampai pon 10 minit lagi. babi betol aku cakap dalam hati, rugi 108 duit gaji. kalau sedekah banyak pahala aku dapat. takpe la, minat punya pasal.

yang tak best nye bile tengah2 main aidil injured. first skali die dah terjatuh, second time kene tackle dengan chamakh. memang aku menyirap la. walaupun aku minat arsenal, tapi bile player malaysia kene tackle sampai injured, aku jadi tak tentu arah. teruk chamakh kene maki dengan even die tak dengar lansung.

tengah2 syok aku maki, sekali aku dengar boo dari fan. lagi aku marah sebab mereka ini boo si aidil sebab baring kecederaan agak lama. babi betol. tak respek player malaysia. dan aku yakin yang boo ini datang nya dari fan arsenal luar negara iaitu indonesia dan singapore. dan boo ni di sahut semula oleh fan malaysia yang boo mereka yang meng boo aidil. aku memang tak tentu arah la mengamok sorang2. player negeri aku tu. mase lawan taiwan hari tu die skor, sume puji melambung, time cedera macam ni, sume nak boo. sial!.


"arsenal indonesia supporter"


"arsenal singapore supporter"

dan aku yaki ade golongan fan arsenal malayasia yang turut boo aidil. mereka ni golongan2 yang tak pernah nak support malaysia, datang stadium hanya nak tengok arsenal. golongan2 profesional aku yakin. mane pernah nak amik tahu pasal bola sepak malaysia tapi tibe2 datang nak tengok malaysia lawan arsenal. wtf??.

lepas kes boo, malaysia kene lagi sebijik. terus aku takde mood nak tengok.

rugi rm108 aku rase, walaupun malaysia main tak berapa ok takpe la, tahap permainan kita jauh berbeza dengan arsenal. ape2 pon aku harap aidil cepat sembuh.

gunners in my heart, harimau malaya in my soul.

"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"




PS : patut la aku pelik ade bendera engerland semalam, budak indon perasan mat saleh yang bawak. LOL



Tuesday, July 12, 2011

Payung Sikit

setelah beratus tweet aku hantar kat player arsenal tapi satu pon dieorang tak reply.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tetapi akhirnya


eboue bro :)

next aku harap fab, jack or persie

nak harap si nanas tu susah giler, bukak twitter pon setahun sekali

Monday, July 11, 2011

Yuna FTW!!

seorang lagi artis malaysia yang memang sudah kita kenali, lahirnya dari youtube. aku memang perasan suara die unik gile. btw die remake balik lagu nirvana - comes as you are versi yuna. even mat saleh pon menghargai lagu yang telah yuna nyanyikan ni.



kalau kau orang compare dengan kurt nyanyi memang tak sama, tapi unik nya bila yuna bawak lagu ni memang terasa. coolness lavel memang tinggi.

ps : video clip ni takde pon seksi2 tapi stil dapat penghargaan orang luar. Prima Yin sila take note, jangan di ikut sangat gambit yang tak boleh di ikut lansung tu.

Thursday, July 7, 2011

Bola Sepak Malaysia!!

Perlawanan untuk skuad bola sepak olimpik negara :
21 September 2011 Jepun vs MALAYSIA
23 November 2011 MALAYSIA vs syria
27 November 2011 MALAYSIA vs Bahrain
5 February 2012 Bahrain vs MALAYSIA
22 February 2012 MALAYSIA vs Japan
14 March 2012 Syria vs MALAYSIA
bulan november nanti skuad kita jumpa orang midle east kat bukit jalil. game sebenar pastinya melawan jepun. kita punya saiz fizikal yang sama dengan jepun berbanding Syiria dan Bahrain. aku harap skuad olimpik negara beri yang terbaik. :)


selain itu skuad senior negara akan bertemu dengan singapura bagi kelayakan piala dunia 2014. perlawan akan berlansung pada :

23 julai 2011 Singapura vs Malaysia (1st leg)
27 julai 2011 Malaysia vs Singapura (2nd leg)

di khabar kan pihak persatuan bola sepak singapura akan menyediakan sebanyak 500 tempat duduk sahaja untuk penyokong malaysia semasa perlawan berlansung di stadium Jalan Besar. bagi aku perkara ini memang tidak adil. walaupun kapasiti stadium mereka hanyalah 6000 sahaja. sekurang kurang nya 2000 baru la sesuai aku rasa.


sementara itu pula di vietnam, skuad bawah 16 tahun negara sedang beraksi dalam pertandingan AFF U16. Malaysia U16 terletak dalam satu kumpulan dengan Thailand, Indonesia, Laos dan Timor Leste. manakala satu lagi kumpulan ialah Myanmar, Vietnam, Singapore, Filipina dan Cambodia. perlawanan pertama skuad U16 ini telah menghasilkan keputusan seri 2 2 dengang thailand. this is good for me. next match untuk skuad U16 Malaysia :

9 julai 2011 Indonesia vs Malaysia
13 julai 2011 Malaysia vs Laos
15 julai 2011 Timor Leste vs Malaysia

hanya juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke semifinal. sama2 kita berdoa semoga skuad U16 kita berjaya. amin.

sharlom ni alaichem.

Sunday, July 3, 2011

Proud To Be Malaysian!!!



sungguh aku bangga menjadi rakyat Malaysia!!


ps: gamba credit kepada malay tiger

Saturday, July 2, 2011

takde mood!!

cilake gampang blok 10 betol la. aku nak kena pergi LI(latihan industri) besok. memang mati mood aku nak tengok bola malam ini.

aku harap malaysia menang aau seri 0-0. jangan bolos.king gopal tolong jangan guna sharbinee. such a dick.


"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"




ps ; prediction Taiwan 1 1 Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...