Thursday, June 30, 2011

Part 3 : Ragam Penonton

macam2 jenis penonton aku nampak kat stadium mase game ni. penonton ini ade banyak jenis dalam penghayatan aku. jom la kita kenal2 dengan jenis penonton yang ada dekat tadium.

1) pemakan kuaci pembuat sampah.

biase la makan kuaci ni sejak zaman dulu lagi. kalau zaman dunhill taja dulu memang stadium penuh dengan kabus saja. macam main kat eropah pulak. eh eropah yang sejuk tu pon takde kabus. sejak dunhill harom jadi penaja terus stadium layan kuaci pulak. asap yang ade pon hanyelah effect dari letupan mercun penyokong yang sakai. kan salah main mercun. bangang! .kuaci ni sebenarnya bukan la tradisi kita, kalau dekat barca tu memang kuaci ni adalah makan mereka time tengok game, siap ade perayaan tu. makan la kuaci banyak2 ye akak2 abang2 yang ponting datang sokong penuhkan stadium. yang tak best nye harga kuaci dalam stadium je da 3 kali ganda dari harga kuaci dekat luar. cilake!

"makanan rasmi penyokong"

2) pemain laser tak bertauliah.

ni kelompok kecil dan sebab terlalu kecil lah susah nak kenal pasti siapa mereka ini. penyokong jenis ini baru je muncul dekat malaysia ni selepas aksi Malaysia Vs Indonesia untuk final piala suzuki cup yang lepas. laser di gunakan pleh penyokong yang takde otak ni untuk menganggu konsentrasi gol keper. cilake betol nak main kotor. game semalam pon ade orang main laser, tak bertamadun sungguh lah cilake itu.

"pemain laser sebenar"

3) penyokong tak sedar diri.

ade ke game malaysia tapi mereka ni sebok pakai jersi luar. eh mereka ni malu ke nak pakai jersi malaysia. sengal betol la. tak cantik betol la perangai dieorang ni.

"cilake barcelona"

"hina sangat ke jersi malaysia??"

cilake sungguh, banyak lagi jersi lain tapi aku tak sempat nak snap. cube golongan ni dengar ape yang arwah supermokh cakap.


"amacam?terasa tak??"

4) die hard fan.

jenis ni la yang paling aku respek. mereka ni menang atau kalah tetap sokong team negara. bukan lalang. bukang jugak biskut chips more yang kejap ade kejap takde. mereka inilah yang membuat kan bola sepak negara semakin membangun. sokongan tak berbelah bagi itu buat semangat pemain malaysia tak luntur untuk berjuang. yang paling terkenal adalah ultras. ade banyak lagi group penyokomg tegar yang lain tapi aku ni root kepada ultras malaya. di sebabkan mereka ni lah aku rase scene bolasepak kita jadi super meriah. dengan chant,tifo dan flare buat kan stadium malaysia ni jadi macam stadium dekat eropah. walaupon tak ramai lagi tapi kehadiran mereka ni telah memberi impak yang besar dalam arena bola sepak kita. dulu masa malaysia jadi tuan rumah untuk piala asia, masa tu penyokong tak sampai seratus pon. mereka lah orang tersebut. tak kira masa tu team malaysia ini sayur mereka tetap menyokong. salute! korang layan la video kat bawah ni. one day i will join them. promise.


"meremang bulu tengkuk pemain taiwan mase ni"

akhir kata aku harap kan semua penyokong malaysia ni support la scene bola sepak kita, jangan duduk layan sangat astro yang sanjung bola sepak orang lain.


"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

sharlom ni alaichem.

ps : gamba adalah mix, ade aku punye ade yang di rembat di google. video pulak aku jumpe kat facebook group ultras malay 07'

Wednesday, June 29, 2011

Part 2 : Gol

sudah satu malam baru la dapat update highlight

jaringan pertama oleh Safiq Rahim pada minit ke 27 perlawanan :


jaringan ke dua pulak menyusul oleh Aidil Zafuan pada minit 54 perlawanan :


gol taiwan pulak di hasil kan oleh jackie chan, haaa bukan la tapi sebenarnya Po Lian pada minit-minit akhir perlawanan. tak sepatutnya terjadi tapi terhasil jugak. harom sungguh.


credit semua video kepada sokernet.com

Part 1 : Malaysia 2 - 1 Taiwan


tengol tittle je korang semua sudah tahu yang malaysia menang first leg kelayakan piala dunia bagi zon asia. 2 - 1 ni pada aku bukan la jaringan selamat dan sepatutnya player malaysia jangan cepat menarik nafaz lega. kita sudah bocor di tempat sendiri walaupun menang. jika bermain di taiwan nanti mereka menjaring kan 1 gol tanpa di bolosi cukup untuk melayak kan mereka ke peringkat seterusnya. so aku rasa gol taiwan tak sepatut nya berlaku. aku nampak tadi lepas sahaja kita dapat 2 gol, player kurang mengawal pertahanan dengan kemas. ape yang terjadi pon aku tak tau.

pemain taiwan pon boleh tahan jugak dengan drama dieorang. masa first half aku tengok banyak betol player dieorang jatuh. mungkin sebab rumput baru dekat stadium kita kot. guling2 je keje dieorang atas padang. batak sungguh. yang bertambah pedih ulu hati aku bile ref asik bagi free kick je bila raja drama taiwan (T-POP for taiwan pop??) ni jatuh. kadang2 rasa menyesal pulak datang tengok tapi sebab kan harimau malaya main cantik terus hilang rasa kesal yang memang tak sepatutnya ada.

kalau tengok pertama yang safiq rahim jaringkan memang terasa macam tengok world class player yang tengah main. tapi safiq je la, yang lain still average player tapi tak teruk sangat. s kunalan dengan larian pantas. aidil+fadli shas memang mantop. cuma sharbinee ni memang aku kurang gemar betol. ape makan ntah sampai tak cekap macam tu. name je keeper tapi kerja nya asik kutip bola dalam net baik dalam terengganu mahupun malaysia. hope next game apek dapat sembuh dan beraksi.

habis sahaja game ade berita kurang menggembirakan yang bahawa strikker kita safee sali mengalami kecederaan sedikit. menurut facebook safee, beliau berkata

"Safee Sali mengalami kecederaan kecil di belakang lututnya. tidak serius sgt ttp masih terasa sakit bila membuat turn. Sama2 kita doakan agar dia cepat kembali cergas 100% sebelum 3 July dan dpt beraksi cemerlang! Amin, ya rabbal alamin!"

aku berharap safee dan beberapa player yang injurd akan kembali cergas bagi menghadapi cabaran skuad negara hari ahad nanti. next game akan berlansung pada:

03 JULAI 2011
Stadium Kaohsiung Taiwan.
06.30 Petang.

okey lah setakat ini sahaja report yang tak semenggah dari aku. berjumpa di part lain tentang game yang bersejarah ini.


'player tengah cool down lepas menang'

PS : unofficial report cakap seramai 45k penonton yang hadir, memang kaye la fam makan duit penonton. cilake betol.

Transformers 3

icilake ape beberapa jam sebelum game penting aku sempat lagi pegi tengok wayang, memang takde otak betol. tapi nak buat macamana abang aku belanje so haram tolak. mula2 plan nak tengok dekat tgv seremban 2 last2 tukar ke mbo terminal 2. giler ape movie da nak start tapi baru nak beratur 8 line. memang cilake betol hari ni ramai budak sebab sekolah cuti. maklom la negeri sembilan ni hormat sejarah. cuti sempena israk mikraj tak seperti selangor yang tau nak kerja je. negeri sekular betol.

lantak la yang penting aku dapat tengok, tapi ape yang tak best nye aku bengang sebab seat sume penuh, tinggal yang depan2 je. mendongak juga aku nak layan cite tu 2 jam setengah. mau nak patah tengkuk tapi serius berbaloi sebab cite memang terbaik. kalau nak compare dengan cerita lain memang tak terbanding lah. penangan si Michael Bay ni memang hebat, aku suspek die ni kaum yahudi la. hebat betol kalau nak mengarang cerita.

ape yang best dalam cerita ni adalah optimus prime berlawan dengan bangsa dia sendiri iaitu optimus sentinal. memang unexpected la die nak buat macam ni. megatron dalam ni da macam peminta sedekah aku tengok. kaki mamok tido,tepi tong sampah. lepas tu die ni kene kutuk dengan awek si sam baru nak sedar yang die tu penjahat, bukan nye kaki botol. klasik sungguh.

dari awal sampai la akhir aku tengok memang melalut la cite ni, macam2 je bende2 yang lepas dieorang relate kan dengan decepticon. sampai pembunuhan orang2 ternama zaman dulu pon dieorang cakap itu salah satu step si decepticon nak takluk bumi, padehal dieorang nak cover. pembunuhan tu sume telah dirancang oleh freemason. macam la aku tak tau.

ending movie ni aku rase terlalu compact dan tergesa2. senang sangat si optimus sentinal ni mati. megatron lansung kena tarik kepala terpisah dari badan, macam polong plak aku tengok kepala dengan isi perut terburai. epic win for autobots.

shit. one thing yang aku terlupa aku nak bagitau ialah gades sam dalam ni bukan lagi megan fox tapi Rosie Huntington-Whiteley. sedih siot tak dapat tengok megan lagi. hot babe tuh. ape2 pon awek baru ni pon still mengancam, tak rugi aku tengok.

aku rase cerita ni sedap lagi dari pirate sebab banyak action. pirate syok sebab ade johnny deep. lastly enjoy trailer transformer 3 ciptaan peminat fanatik movie ni, aku bagi link je la sebab tak reti nak letak video maklom la baru belajar. selamat menonton


ps : menurut imdb rate cerita ni 7.3. ok lah tu.

super ps : aku sudah pandai letak video :)


Monday, June 27, 2011

semangat harimau malaya



Good Luck Malaysia



















serius aku memang bersemangat gila nak pegi tengok bola, maklum la first time nak sampai stadium bukit jalil(cite bola macam power pegi BJ bru first time LOL). bukan ape mase kecik2 dulu nak pegi paroi pon susah ni kan pulak pegi bukit jalil. tapi lepas aku bermimpi basah alhamdulillah boleh da merayau mane2 aku nak pegi. tapi itu pon kene buat proposal jugak cume senang nak dilulus kan oleh bos besar iaitu bapak aku.

menjelang game yang bakal mencipta sejarah negara ni aku nak bercerita sikit tentang rekod yang pernah terjadi antara dua negara membangun dalam bolasepak ini. sebanyak 11 pertemuan telah berlansung dimana Malaysia telah menang sebnyak 4 kali, taiwan 3 kali dan seri 4 kali. dengan rentak cemerlang negara sekarang ni dari yang under 23 mahupun skuad senior,kedua2 nya kelihatan gagah,kacak dan bergaya jika nak di bandingkan dengan skuad piala presiden negeri sembilan memang tak boleh harap,rasuah je memanjang. skuad senior negeri sembilan pon same je tak rasuah tapi main lagi teruk dari orang yang terima
rasuah. ape pon tak boleh. tapi aku tetap sokong negeri aku. hobin jang hobin.

yang aku peliknya asal tiket game jual lambat sangat. lebih kurang 5 jam sebelum game baru nak bukak kaunter. ape orang fam ni bangang sangat ke sampai nak menunjuk2 bangang dieorang tu. cube la jual awal2 sikit macam mane dieorang jual tiket chelsea liverpool dan
arsenal. aku bukan ape bile jual lambat2 ni orang da malas nak beratur panjang. tak kan la game pukul 8.45 malam orang nak keluar se awal pukul 2 nak kena beratur lagi,mungkin sejam dua jugak nak beratur, paling kiman dapat tiket pukul 4,lepas tu nak balik rumah lagi ke?kalau rumah jauh macam aku yang dekat negeri sembilan ni macam mane?melangok je dekat stadium sampai game start???memag typical fam bangang tak bertempat.

bebel panjang2 pon bukan fam nak dengar,buat bodo je la walau pon susah sebab aku ni ade sikit kepintaran kat dalam otak ni.

menjelang game nanti aku ingat nak lepak dengan ultras malaya tapi tengok la keadaan macamana sebab aku pon datang sorang2 ikut kawan yang ade kat KL. kalau dieorang ok memang nak join ultras je baru la terinzal lebih tengok bola malaysia.

cube korang usha statistik pertemuan malaysia taiwan ni lepas tu guess berapa agak2 keputusan malam besok. kalau tak nampak sila klik gamba untuk pembesaran.















Akhir kata dengar la kata2 arwah otai bolasepak kita. memang legenda beliau ini. aku pun pinjam jersi abang aku(duit banyak habis ke benda yang lagho sampai takde bajet nak beli jersi) sebab nak menyahut seruan ini.
















segala gambar dirembat dari google.

blog untuk semua!!!

dulu aku jenis kutuk orang(sampai la sekarang aku masih kutuk hahaha) tapi sekarang peluang orang untuk kutuk aku. blog ni aku buat khas untuk aku buat review, borak, membebel, memekak tanpa ada bunyi(sebab suara aku kuat gile hahaha). di samping itu aku banyak bende nak cerita tapi tak tau nak cerita kat sape so aku harap dengan adenya blog ni sedikit sebanyak aku lega dapat membebel sesuka hati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...