Sunday, July 17, 2011

Malaysia XI Vs Liverpool

selepas arsenal membelasah Malaysia, kini giliran liverpool pula yang menang besar dengan Malaysia. pada pandangan aku game2 epl ni tak perlu dan tak sepatunya ada pun. tambah2 lagi semasa bola sepak Malaysia baru nak revive kembali. bile tengok result ni, player2 kite boleh down. dah la fan datang tak support malaysia, lepas tu dengan result yang memang tak memberansangkan, seriusly moral player boleh down.

dengan kes aidil di boo oleh fan arsenal 'luar negara' lagi menjadikan semangat player semakin merudum. dengan paper dan media tempatan hanya memuji skuad EPL dengan kemenangan besar mereka ke atas skuad negara. lantaklah, bukan aku tak tau sape kepala paling bangsat dalam kes ni. sudah tentu la FAM ketua penyangak tersebut.

berbalik pada review game malaysia vs liverpool. seperti yang di jangkakan SNBJ bertukar menjadi Anfield. cuma ape yang berbezanya ialah kapasiti stadium anfield hanya 40 000 manakala SNBJ adalah 100 000. tapi pada malam tersebut jumlah penonton yang hadir adalah 80 000. memang kaye la orang2 proevent dan FAM. aku rasa liverpool yang bising2 nak stadium baru membatalkan sahaja niat mereka. jadikan saja SNBJ sebagai home game mereka. bayangkan fan liverpool malaysia sahaja da 80 000 ditambah pula scouser yang datang dari engerland. mau expand lagi stadium ni aku rasa. lol.

pasal game aku memang malas nak komplain sebab aku pon tak terer sangat. main liga cap ayam pon jadi pemain simpanan je. ape yang penting defend kena improve dan striker jangan ada yang injurd time training. doakan jugak yang aidil sempat sembuh sebelum game malaysia menentang singapore nanti. tapi dengar khabar masa main dekat singapore aidil memang tak sempat recovery. dengar2 je la kan.

ape yang aku sedih sangat dah tentu la fan, aku tau mereka ni sama macam aku. aku dalam hati ada meriam dalam jiwa ada harimau. aku yakin dieorang ni ada burung dalam hati, yang dalam seluar pon dieorang ade jugak burung. kire dieorang ade 2 burung 1 harimau. cume nampak sangat dengan kelebihan burung tu dieorang tunjuk sangat. bawak banner besar2 tulis king (in your dream la king), dah la king tu dieorang yang gelarkan. cube letak gamba rajagopal. lepas tu cogan die DATUK RAJAGOPAL. dah sah2 gelaran datuk raja kita ni legal :). takpa la depa punya duit nak buat banner kan. aku dengar dieorang siap chant lagi lagu liverpool. ish tersangat la tak salah lansung. cume time malaysia lawan game yang lagi penting tak dengar pulak chant untuk malaysia dari geng2 liverpool ni. yang dengar dari ultras je. tolong la join dieorang untuk menambah suara bagi chant untuk negara lagi kuat bergema di negera kita berbanding chant liverpool. aigo.

lastly aku sedih giler dengar dato k rajagopal mengeluuh dengan sambutan penonton terhadap player negara. kalau die sedih sendiri2 mungkin kita tak tau, tapi die dah admit secara live lepas game liverpool. even mase pegi tengok game arsenal aku pakai baju malaysia, aku tetap rasa bersalah/berdosa sebab tengok jersi malaysia sikit sangat time game arsenal yang penonton hamya 40 000 sahaja. kalau da 80 000 merahmemang terguris la hati dato kan, player lagi la. main bersungguh2 sebab nak malukan liverpool sekaligus nak perli or show their emotion pada fan yang team epl dieorag puja2 ni tak hebat mana. tapi sayang malaysia hanya mampu sumbat 3 gol dan bolos 6. seriusly liverpool main sungguh2 gile time game compare arsenal lawan malaysia. nampak sangat arsenal tak main sepenuh hati. ok nanti korang cakap aku bias but that fact dude. joe cole bersungguh2 sepak bola padahal ref da tiup wisel suruh stop game. kalau ref champion league aku rase joe cole da kene buang padang sama macam v. persie kena.

shafiq rahim dan safee sali hanya calabrate gol bersama rakan2 sepasukan sahaja. takde nak lari pada fan sebab kebanyakan nya fan malaysia dah tenggelam dengan warna merah. sabar jelah geng. raikan la ape yang patut.

selain itu, semasa interview aku paling tak tahan bile pengacara tanya rajagopal lepas game ape yang die rasa sebab dato raja adalah fan Man U. wtf??? time game malaysia die boleh tanya pasal mu pulak. dato pon jawab macam ntah ape2 je sebab nak jaga hati si pengacara. bangang betol tanya soalan macam tu. lagi satu aku dengar safee sali bersungguh2 nak skor sebab die terinspirasi dari sejarah rival. safee juga Man U fan. die cakap teuja dapat skor lawan scouser. peh memang hancor aku rasa. ade ke semangat musuh macam tu di jadikan pembakar semangat. adoi pening2.

sudah la aku merepek2 pun bende da lepas. aku berharap giler next game iaitu chelsea, fan malaysia show their identity. tak payah nak blues sangat. pakai jersi kuning. bukan mahal pon nak beli. sehelai rm35 je yang siam. nak ori memang tak mampu la kan. U23 kita main masa lawan lubnan hari tu memang terbaik, aku rasa kalau skuad hari tu main tanpa ada gangguan dari penonton yang akan menyakitkan mata pemain, InsyaAllah negara kita boleh menang. show our love to our beloved country by wear our jersy.

Sharlom ni Alaichem.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...