Wednesday, June 29, 2011

Part 1 : Malaysia 2 - 1 Taiwan


tengol tittle je korang semua sudah tahu yang malaysia menang first leg kelayakan piala dunia bagi zon asia. 2 - 1 ni pada aku bukan la jaringan selamat dan sepatutnya player malaysia jangan cepat menarik nafaz lega. kita sudah bocor di tempat sendiri walaupun menang. jika bermain di taiwan nanti mereka menjaring kan 1 gol tanpa di bolosi cukup untuk melayak kan mereka ke peringkat seterusnya. so aku rasa gol taiwan tak sepatut nya berlaku. aku nampak tadi lepas sahaja kita dapat 2 gol, player kurang mengawal pertahanan dengan kemas. ape yang terjadi pon aku tak tau.

pemain taiwan pon boleh tahan jugak dengan drama dieorang. masa first half aku tengok banyak betol player dieorang jatuh. mungkin sebab rumput baru dekat stadium kita kot. guling2 je keje dieorang atas padang. batak sungguh. yang bertambah pedih ulu hati aku bile ref asik bagi free kick je bila raja drama taiwan (T-POP for taiwan pop??) ni jatuh. kadang2 rasa menyesal pulak datang tengok tapi sebab kan harimau malaya main cantik terus hilang rasa kesal yang memang tak sepatutnya ada.

kalau tengok pertama yang safiq rahim jaringkan memang terasa macam tengok world class player yang tengah main. tapi safiq je la, yang lain still average player tapi tak teruk sangat. s kunalan dengan larian pantas. aidil+fadli shas memang mantop. cuma sharbinee ni memang aku kurang gemar betol. ape makan ntah sampai tak cekap macam tu. name je keeper tapi kerja nya asik kutip bola dalam net baik dalam terengganu mahupun malaysia. hope next game apek dapat sembuh dan beraksi.

habis sahaja game ade berita kurang menggembirakan yang bahawa strikker kita safee sali mengalami kecederaan sedikit. menurut facebook safee, beliau berkata

"Safee Sali mengalami kecederaan kecil di belakang lututnya. tidak serius sgt ttp masih terasa sakit bila membuat turn. Sama2 kita doakan agar dia cepat kembali cergas 100% sebelum 3 July dan dpt beraksi cemerlang! Amin, ya rabbal alamin!"

aku berharap safee dan beberapa player yang injurd akan kembali cergas bagi menghadapi cabaran skuad negara hari ahad nanti. next game akan berlansung pada:

03 JULAI 2011
Stadium Kaohsiung Taiwan.
06.30 Petang.

okey lah setakat ini sahaja report yang tak semenggah dari aku. berjumpa di part lain tentang game yang bersejarah ini.


'player tengah cool down lepas menang'

PS : unofficial report cakap seramai 45k penonton yang hadir, memang kaye la fam makan duit penonton. cilake betol.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...