Thursday, June 30, 2011

Part 3 : Ragam Penonton

macam2 jenis penonton aku nampak kat stadium mase game ni. penonton ini ade banyak jenis dalam penghayatan aku. jom la kita kenal2 dengan jenis penonton yang ada dekat tadium.

1) pemakan kuaci pembuat sampah.

biase la makan kuaci ni sejak zaman dulu lagi. kalau zaman dunhill taja dulu memang stadium penuh dengan kabus saja. macam main kat eropah pulak. eh eropah yang sejuk tu pon takde kabus. sejak dunhill harom jadi penaja terus stadium layan kuaci pulak. asap yang ade pon hanyelah effect dari letupan mercun penyokong yang sakai. kan salah main mercun. bangang! .kuaci ni sebenarnya bukan la tradisi kita, kalau dekat barca tu memang kuaci ni adalah makan mereka time tengok game, siap ade perayaan tu. makan la kuaci banyak2 ye akak2 abang2 yang ponting datang sokong penuhkan stadium. yang tak best nye harga kuaci dalam stadium je da 3 kali ganda dari harga kuaci dekat luar. cilake!

"makanan rasmi penyokong"

2) pemain laser tak bertauliah.

ni kelompok kecil dan sebab terlalu kecil lah susah nak kenal pasti siapa mereka ini. penyokong jenis ini baru je muncul dekat malaysia ni selepas aksi Malaysia Vs Indonesia untuk final piala suzuki cup yang lepas. laser di gunakan pleh penyokong yang takde otak ni untuk menganggu konsentrasi gol keper. cilake betol nak main kotor. game semalam pon ade orang main laser, tak bertamadun sungguh lah cilake itu.

"pemain laser sebenar"

3) penyokong tak sedar diri.

ade ke game malaysia tapi mereka ni sebok pakai jersi luar. eh mereka ni malu ke nak pakai jersi malaysia. sengal betol la. tak cantik betol la perangai dieorang ni.

"cilake barcelona"

"hina sangat ke jersi malaysia??"

cilake sungguh, banyak lagi jersi lain tapi aku tak sempat nak snap. cube golongan ni dengar ape yang arwah supermokh cakap.


"amacam?terasa tak??"

4) die hard fan.

jenis ni la yang paling aku respek. mereka ni menang atau kalah tetap sokong team negara. bukan lalang. bukang jugak biskut chips more yang kejap ade kejap takde. mereka inilah yang membuat kan bola sepak negara semakin membangun. sokongan tak berbelah bagi itu buat semangat pemain malaysia tak luntur untuk berjuang. yang paling terkenal adalah ultras. ade banyak lagi group penyokomg tegar yang lain tapi aku ni root kepada ultras malaya. di sebabkan mereka ni lah aku rase scene bolasepak kita jadi super meriah. dengan chant,tifo dan flare buat kan stadium malaysia ni jadi macam stadium dekat eropah. walaupon tak ramai lagi tapi kehadiran mereka ni telah memberi impak yang besar dalam arena bola sepak kita. dulu masa malaysia jadi tuan rumah untuk piala asia, masa tu penyokong tak sampai seratus pon. mereka lah orang tersebut. tak kira masa tu team malaysia ini sayur mereka tetap menyokong. salute! korang layan la video kat bawah ni. one day i will join them. promise.


"meremang bulu tengkuk pemain taiwan mase ni"

akhir kata aku harap kan semua penyokong malaysia ni support la scene bola sepak kita, jangan duduk layan sangat astro yang sanjung bola sepak orang lain.


"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

sharlom ni alaichem.

ps : gamba adalah mix, ade aku punye ade yang di rembat di google. video pulak aku jumpe kat facebook group ultras malay 07'

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...