Wednesday, June 29, 2011

Transformers 3

icilake ape beberapa jam sebelum game penting aku sempat lagi pegi tengok wayang, memang takde otak betol. tapi nak buat macamana abang aku belanje so haram tolak. mula2 plan nak tengok dekat tgv seremban 2 last2 tukar ke mbo terminal 2. giler ape movie da nak start tapi baru nak beratur 8 line. memang cilake betol hari ni ramai budak sebab sekolah cuti. maklom la negeri sembilan ni hormat sejarah. cuti sempena israk mikraj tak seperti selangor yang tau nak kerja je. negeri sekular betol.

lantak la yang penting aku dapat tengok, tapi ape yang tak best nye aku bengang sebab seat sume penuh, tinggal yang depan2 je. mendongak juga aku nak layan cite tu 2 jam setengah. mau nak patah tengkuk tapi serius berbaloi sebab cite memang terbaik. kalau nak compare dengan cerita lain memang tak terbanding lah. penangan si Michael Bay ni memang hebat, aku suspek die ni kaum yahudi la. hebat betol kalau nak mengarang cerita.

ape yang best dalam cerita ni adalah optimus prime berlawan dengan bangsa dia sendiri iaitu optimus sentinal. memang unexpected la die nak buat macam ni. megatron dalam ni da macam peminta sedekah aku tengok. kaki mamok tido,tepi tong sampah. lepas tu die ni kene kutuk dengan awek si sam baru nak sedar yang die tu penjahat, bukan nye kaki botol. klasik sungguh.

dari awal sampai la akhir aku tengok memang melalut la cite ni, macam2 je bende2 yang lepas dieorang relate kan dengan decepticon. sampai pembunuhan orang2 ternama zaman dulu pon dieorang cakap itu salah satu step si decepticon nak takluk bumi, padehal dieorang nak cover. pembunuhan tu sume telah dirancang oleh freemason. macam la aku tak tau.

ending movie ni aku rase terlalu compact dan tergesa2. senang sangat si optimus sentinal ni mati. megatron lansung kena tarik kepala terpisah dari badan, macam polong plak aku tengok kepala dengan isi perut terburai. epic win for autobots.

shit. one thing yang aku terlupa aku nak bagitau ialah gades sam dalam ni bukan lagi megan fox tapi Rosie Huntington-Whiteley. sedih siot tak dapat tengok megan lagi. hot babe tuh. ape2 pon awek baru ni pon still mengancam, tak rugi aku tengok.

aku rase cerita ni sedap lagi dari pirate sebab banyak action. pirate syok sebab ade johnny deep. lastly enjoy trailer transformer 3 ciptaan peminat fanatik movie ni, aku bagi link je la sebab tak reti nak letak video maklom la baru belajar. selamat menonton


ps : menurut imdb rate cerita ni 7.3. ok lah tu.

super ps : aku sudah pandai letak video :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...